23/6
Bila cuti je atau berjauhan mesti rindu akak... tapi kali ni memang lama giler la tak dapat jumpa akak... dah la akak cuti nak dekat 3 bulan... adik ni cuti seminggu je, bila masuk stdy balik bukan akak ada pun... bosan la kalau tak ada org yg aku syg kt kolej tu... rasa nk pergi kolej tu berat je.... hurmmm... tapi aku ada ajak dia datang sini rumah aku, tapi dia macam nak tak nak je... aku harap sgt die datang rumah aku yang tak seberapa ni... segan lak nk suruh org duduk rumah kite yg murah ni... :( apa2 pun aku teringin sangat nak kakak angkat kesayangan aku dtg rumah aku... ada pulak hari tu die tanya aku kenapa pilih dia jadi kakak angkat aku... dah aku sayang die dulu daripada orang lain kt kolej tuu... SAYANG AKAK SANGAT! hah, hari ni aku chat kt fb n msg kt fon pn die tak layan.. tadi layan kejap je.. pastu die kata tak ada mood... sedih nyer aku... tapi dia online je aku tengok, siap like2 lagi... :'( tak apa la... aku kena faham, mana tahu dia ada masalah kan... tapi dia susah nak bgtahu masalah dia kat aku... aku agak sedih kalau yang ni... ingatkan nak susah senang bersama akak.. tapi tak apa la kan... nak buat mcm mana... yang penting aku tahu yang aku sayang dia dan berharap aku akan sayang die selama2nya dan selagi aku hidup, aku nk tgk muka kakak angkat kesayangan aku tersenyum sepuas hati aku...
ASSALAMUALAIKUM...
Sunday, June 23, 2013
Monday, June 3, 2013
Dalam Masa Tiga Hari
Aku cuba tenangkan fikiran aku selama tiga hari dua malam di Kuantan... setiap kali aku renungi lautan pantai aku mesti teringatkan org yg aku syg sgt tu... ternyata aku tidak boleh lupakan dia walaupun sesaat... kalau dia aku tak tahu la dia masih ingatkan aku atau dia tak rindukan aku... first aku melihat lautan pantai, dalam fikiran aku hanya dia dan wujudnya ayat yg aku post di fb semalam. aku harap dia tahu yang aku wujudkan ayat itu untuk dia sebab aku dah tag nama fb dia... aku bertambah sedih dan rindu bila fikirkan dia tidak lama lagi belajar di kolej. aku berharap sangat3 yg dia tak akan pernah lupakn aku sampai bila2... itu harapan aku.. jika tidak anggap la semua yg berlaku tentang aku dan dia hanya mimpi sebab mimpi je akan memberikan kite harapn palsu supaya benda itu menjadi kenyataan... sekian dari aku yg kini dan sentiasa RINDU KAN DIA!!! Assalamualaikum...
Saturday, May 25, 2013
Dia Tak Sudi
SAKIT HATI dan sedih pula bila ajak dia keluar jalan2 je mesti susah nak buat keputusan... bila x ajak keluar kata x ajak... pelik laaa.... aku tak tahu la nak buat macam mana lagi... SEDIH! SEDIH! SEDIH! kalau dia setuju nak keluar dengan aku pun macam aku ni paksa dia je... dan dia pula mcm terpaksa je... Kalau tak sudi atau tak nak keluar dengan aku ke tak suka aku ke.. aku harap dia JUJUR...! sebab aku suka lagi kalau orang jujur TAK SUKA AKU daripada tipu dan terpaksa je layan aku... Ya ALLAH kuatkanlah aku dari segala ujian mu... amin...
Thursday, May 23, 2013
MERAJUK dengan SI DIA
Minggu lepas aku merajuk dengan dia... sebab dia kata demam, tapi berjalan jauh2 lepas tu aku msg tak di layan sebab dia kata penat keluar berjalan tambah lagi demam... dah tahu demam berjalan.. mana tak nya.. sakit demam tu lama pulak tu.. risau jugak aku.. tapi apa kan daya aku tak mampu berbuat apa2 bila org yang aku syg tu sakit, aku hanya dapat rasa perasaan risau sangat tentang dia.. bila dia dah tak layan aku, aku seperti biasa bawa diri darinya... selama beberapa hari aku tak berhubung dengan dia sebab merajuk dan sedih bila dia buat aku mcm tu.. wlaupun aku tahu dia sakit aku tetap dengan perasaan aku yg merajuk tapi aku terlalu risaukan dia bila aku merajuk tuu... bagi dia memang la aku nmpk mcm x risaukan dia sebab aku berdiam diri.. tapi hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan aku bila dia sakit... 19hb hari tu dia ada msg aku, dia kata 'maafkan akak atas segala2nya' tu msg yg dia bg kt aku, tapi aku tetap x balas sbb protes merajuk lagi... Pada 21hb dia telah membuat pengakuan dengan menghantar status di fb aku.. dia kata dia minta maaf dengan aku.. aku tak tahu la dia salah ke tak tiba2 minta maaf.. yang aku tahu AKU SAYANG DIA je! tapi bila satu hari tu aku tak nampak dia kt kolej, aku bertambah risau sebab dia kan demam, aku curi2 tahu tentang dia dekat kwn2 dia, baru aku tahu dia ambil MC sbb tak sihat. Dua hari juga aku tak nampak dia kat kolej, aku nampak kwn2 dia sje.... aku jadi sedih lak time tu, tapi tak ada siapa tahu.. tapi sekarang kiteorg dah ok, cuma tadi dia merajuk sebab aku tak dtg rumah dia nak bersembang.. tapi aku dtg tadi sekejap je lepas aku balik lepak dkt mamak dengan wir(aliya). aku sembang dgn dia sekejap dan aku terlepas cakap nak balik Perak esok... :( balik je lps jumpa dia, aku msg dia dan bls dia kata sambung merajuk balik sebab aku nak tinggal dia esok... :'( sedih nyaaa... dia tak balas pun msg aku...dia tidur kot, tak pun dia tengah berckp dlm telefon dgn org kan... x baik aku fikir bukan2.. mungkin la tu dia sibuk... tak ada masa nak layan aku kot.. lagipun aku ni siapa je... bukan darah daging dia..
Ok la, setakat ni sahaja aku nak cerita setelah lama aku tak bercerita di blog aku ni.. aku bukan pandai sangat pun guna blog ni.. hukhukhuk :'(
Saturday, May 11, 2013
11 Mei
Tengah hari tadi dia sms aku dengan perkataan yang selalu permulaan msg dia bagi kat aku... tapi aku off fon sebab aku ingtkan dia dah tak nak berhubung dengan aku... dan kali kedua dia sms aku buat muka nak sedih tapi aku off juga fon... pkul 5 lebih baru aku on fon bila aku bls sms dia, dia bagi respon dalam masa yang lama dan aku sms kat dia kali kedua aku kata yang dia tak hirau aku langsung... aku sedih sangat bila dia balas sms aku yang kedua tu dengan perkataan 'hurm'... nampak sangat la dia tak kisah aku dan malas layan aku... tak apa lah... seperti selalu yang aku fikir itu semua ujian untuk aku daripada Allah S.W.T.
Sekian untuk hari ini dan kisah aku seterusnya selepas ini...
Pada Hari Jumaat,10 MEI
Sebelum pukul 2 pagi hari Jumaat, 10 Mei, dia menghantar sms pada aku sebab aku merajuk dengan dia bila dia lebih percaya orang lain daripada aku... Aku selalu luahkan perasaan aku pada dia yang aku rindu dia walaupun aku tengah bersedih bila dia tidak mempercayai aku... Tetapi bila aku luahkan yang aku sedih dengan ayat aku panjang lebar bagi kat dia, tiba2 dia kata dia tak cukup tidur dan nak tidur dan tak hiraukan aku langsung, aku bertambah sedih lepas tu dan tiba2 airmata aku mengalir tanpa aku sedar... Kenapa ye bila aku luahkan apa yang aku rasa mesti tak ada yang faham...??? orang yang kita sayang sangat tapi dia sayang kita biasa2 je memang susah nak faham perasaan kita kan... tapi bila aku fikirkan balik aku sedar yang semua terjadi pada aku adalah ujian daripada Allah S.W.T. dan aku juga sedar yang aku banyak dosa dan aku terima ini semua...
Tuesday, May 7, 2013
Pada Hari Selasa,7hb
hari ni wujud semula blog aku sebab nk luah perasaan yang aku sakit hati giler hari ni dgn someone ni... tak tahu nak kata laa... aku sabar jelah setakat yang mampu sebab aku tahu dia mungkin tak matang lagi.... sifat kebudak-budak kan! SAKIT HATI ni! last sekali aku nak bagitahu yang aku sayang seseorang ni dah mcm fmly aku sendiri... yang pasti aku dapat jumpa dia dekat kolej tadi walaupun hati ni masih sakit melihatnya, tapi rindu aku pada dia hilang sedikit sebab dah nak dekat seminggu tak jumpa... Alhamdulillah.... sekian.......
Tuesday, April 30, 2013
KEESOKAN HARI NYA
Cerita aku semalam, pada hari Selasa bersamaan 30 April 2013... pada 29 April hari jadi kelmarin, aku tak minta pun hadiah, kalau aku minta tu pun gurau2 je.... tapi bila pergi kolej je semalam ada kwn aku bagi hadiah, cuma hadiah dia bagi tu mcm x kena je dengan aku... apa2 pun aku terima hadiah tu dan terima kasih aku ucap kan... Tapi, pada hari dan masa yg sama aku terima dua potong kek daripada kakak angkat kesayangan aku dan kawan baik aku (baik la juga).. aku bersyukur sangat ada juga org ingt hari jadi aku dan memberi hadiah pada aku... apa2 pun mama kata 'balik nanti mama buat besday adik ye...' dengan pantas aku menjawab 'baiklah mama, adik akan balik secepat mungkin' mama juga kata, maktok n baktok aku nak buat besday aku juga bila aku balik kampung nanti... yahuuuuu :) bila mama kata mcm tu aku gembira sekejap, tapi dlm gembira aku, ada sedih nya.... hemmm... kenapa la bila aku jumpa dia mesti sekejap sangat masa tu, tak sempat aku nak ckp apa2... sedih sangat, cuma aku tak nak tunjuk depan dia je... tak tahu la knp aku selalu sedih... mungkin ni ujian bagi aku... AKU TERIMA... seperti biasa aku ingin dia tahu dengan sejujurnya dan seikhlas hati aku, AKU SAYANG 'DIA' (kakak angkat kesayangan aku)...
Monday, April 29, 2013
SEMPENA HARI LAHIR AKU
Ada cerita yang aku nak kongsi dan aku wujudkan blog ni sebab aku nak luahkan perasaan aku dan aku harap suatu hari nanti dia akan baca blog aku ni... aku nak cerita tentang aku hari ini, bukan seperti hari2 biasa... hari ini ialah hari lahir aku yang ke-20 tahun... tahun ni ikut kan hati aku, aku tak nak org sambut besday aku, tapi di sebabkan seorg mmber aku nmanya fatin telah membongkar rahsia dgn mengucap hari lahir aku cara komen di status fb aku smlm... dgn itu, kakak angkt kesygn aku telah ketahui besday aku hari ini... so, dia ajak aku keluar mkn dkt IOI mall.. mula2 aku tak nak sebab duit tak mencukupi.. tapi, dia mengeluarkan duitnya utk belanja aku mkn... byk kali die tnya aku nak apa dan nk mkn apa, aku x kisah semua tu, yg aku nk hanya keluar bersama die selama yg mungkin, tapi masa tidak mengizinkan sebab die kata nk balik cpt assgnmt byk... aku sedih sgt2 sebab sempena besday aku hanya 2jam aku keluar bersamanya..2jam tu tak terasa bagi aku.. aku benci sambut besday sbb perkara itu akan mengingatkan aku setiap apa yang aku lakukan... aku sedih sgt pada hari lahir aku yg ke-20tahun ni! aku ingt tarikh ni ialah tarikh yg sgt berat ujian NYA bg aku... tapi aku terima dgn pasrah.. selepas balik dari makan bersama kakak angkt kesygan aku, aku tak tahu la kenapa dlm hati aku ini tiba2 terasa pedih dan perit... bagaikan di hiris pisau yg baru di asah... aku tak tipu, aku berani bersumpah hati aku terlalu perit dan pedih dalam ni, terasanya amat sgt... x tahu knp dan apa sebab.. aku runsing... adakah ini semua sebab aku terlalu sedih??? aku terima semua ini... walaupun sakit nya tidak terkata... aku TERIMA YA ALLAH... TERLALU berat bagi aku... kata2 terakhir, jika aku sayangkan seseorang itu, AKU NAK DIA TAHU YANG AKU SAYANG DIA!
Subscribe to:
Posts (Atom)